Klik JIka ADA

Tips untuk menghasilkan grafik yang cantik

Posted by broSKL | Posted in info | Posted on 23-01-2010

salam semua,
kali ini saya ingin berkongsikan sedikit info yang berguna kepada semua peminat grafik ataupun pereka grafik. tidak kira sama ada anda baru hendak belajar tentang grafik atau pun anda telah mahir dengan ilmu grafik ini. tips ini juga di gunakan oleh semua pereka grafik dalam dunia ni, antaranya:

  1. buat seberapa banyak design yang boleh. contohnya jika korang baru blaja buat teknik bayangan pada gambar, buat lagi cara yang sama tetapi dengan posisi bayang yang berlainan. kemudian bandingkan kesemua hasil kerja anda itu dan buat analisis teknik mana yang betol2 menarik dan sesuai.
  2. Rujuk buku-buku yang berkaitan dengan grafik tidak kira dari mana pun sumbernya. Korng boleh cari banyak buku2 ni kat kedai kedai buku macam MPH, Popular dan lain-lain lagi. tapi aku selalunya pinjam je kat library kat Poli aku (sbb free je) hehe.
  3. Tengok hasil kerja design pereka grafik yang lain. tujuannya bukan untuk meniru atau nak ciplak, tetapi dengan menlihat hasil kerja yang di buat oleh pereka lain nanti korang mungkin akan dapat idea unutk mendesign malah mungkin juga dapat menghasilkan grafik yang lebih baik dari pereka tersebut.
  4. Sentiasa belajar membuat teknik2 yang baru. korang boleh cuba tutorial yang ada di blog saya ni atau pun banyak lagi tutorial yang ada kat blog2 lain..
  5. Tonton dan cuba. korang juga boleh cari video tutorial yang telah di kongsi kan oleh pereka2 grafik ni di YouTube dot com. tapi kebanyakannya ia dalam bahasa inggeris. Ada juga member saya yang sudi mengajar anda melalui video dalam bahasa melayu di web Grafikjualan dari aka Luvleey
  6. Download bahan-bahan grafik untuk software photoshop anda seperti brush, pattern, gradient, Shapes dan apa saje yang berkaitan di laman2 yng menyediakannya.. contoh nya ada terdapat di RajaGrafikMalaya
  7. Minta pendapat dari rakan2. selepas siap menghasilkan sesuatu grafik baru, jangan malu2 tunjukkan pada rakan yang seangkatan dengan minat anda itu. mungkin kadang kala kita rasa design kita dah cukup cantik dan lawa, tapi sebenarnya masih lagi ada kelemahan.

itu lah antara tip-tips yang korang boleh gunakan untuk menghasilkan design grafik anda. Renung2kan dan selamat beramal..hehe

  • kalau korang ada pendapat nak kongsikan kat aku silalah komen kat bawah ni ok..trimas

ikhlas dari Mohd Fahmi

Popularity: 3% [?]

minisite minyak wangi

Posted by broSKL | Posted in design | Posted on 02-10-2009

lama juga la broSKL nk siapkan template minisite ni, dari jam 6.30pm tadi sampai lah pukul 12.30am tadi..ni pun baru je muka depan tapi saje nak minta komen korang tentang design yang aku buat ni ok x..?hehe..

minyak wangi ProEM

minyak wangi ProEM

korang semua boleh gak tengok yang fullscreen kat sini <–klik situ..

Popularity: 42% [?]

Produk Baru dari broSKL

Posted by broSKL | Posted in info | Posted on 12-08-2009

setelah lama aku menyepi kini aku datang bukan dengan tangan kosong tetapi aku ada sesuatu nak berikan kepada korang semua.. sebenarnya aku baru menyiapkan  satu projek iaitu panduan minisite jualan yang akan membantu anda semua teknik dan cara membuat minisite jualan dengan menggunakan platform wordpress.. mungkin ramai lagi diantara korang semua masih tidak tau CMS wordpress ini bukan sahaja digunakan untuk membina blog atau website, malah ia juga berfungsi untuk anda yang ingin memulakan perniagaan internet, tidak kiralah produk fizikal mahu pun digital(ebook biasanya). http://webjualan-wp.broskl.com

dapatkan panduan minisite wordpress

dapatkan panduan minisite wordpress

kelebihan membina minisite dengan wordpress ialah web jualan anda akan mudah di senarai kan pada search engine seperti Google atau pun yahoo, dengan ini web jualan anda akan mudah di temui oleh prospek..dan dapat meningkatkan jualan produk anda. tapi tidak semestinya anda tidak perlu melakukan promosi, kerana tanpa promosi juga web anda tidak akn di ketahui oleh sesiapa pun. Produk ini aku akan lancarkan mungkin pada 5.09.2009 tunggukan kemunculannya nanti ok. korang boleh daftarkan email anda sekarang untuk maklumat lanjut di http://webjualan-wp.broskl.com

Popularity: 7% [?]

cara menukarkan video youtube kepada mp3

Posted by broSKL | Posted in info | Posted on 23-07-2009

video2mp3

siapa yang x tau laman web youtube x tau la apa aku nk cakap, sebab memang laman web video ni dah popular seluruh dunia. sebenarnya aku malas nk citer panjang-panjang pasal youtube ni..aku nk kongsikan dengan korang semua yang aku telah terjumpe satu website yang memudahkan korang menukarkan video youtube kepada mp3..

Blog Widget by LinkWithin

Popularity: 92% [?]

Dengar-radio-online
topup mudah dgn mymode
Lowlucky [dot] com
Oh!blur-dot-com exp:5/2/2010