Posted by broSKL | Posted in tutorial | Posted on 28-12-2009
salam,
mungkin ada yang tertunggu-tunggu tutorial photoshop aku ni kan(cheh perasan la plak) tak pe kali ini aku terasa rajin la plak nk bantu korang n buatkan tutorial tentang typography yang simple menggunakan photoshop. ok aku x mau sembang banyak. Jom kita buat sekarang sampai jadi camni

Popularity: 16% [?]
Posted by broSKL | Posted in Luahan hati | Posted on 16-11-2009

sudah agak lama rasanya saya tidak meng”update” blog ini, untuk pengetahuan anda semua saya sekarang sedang busy dengan study. maklumlah masih pelajar dan belajar di politeknik sultan azlan shah di tg malim. Sejak saya menceburkan diri dunia blogging ini, saya amat tertarik pada niche grafik dan kebetulan pada sem 5 ini terdapat subjek multimedia untuk subjek pilihan(elektif), tanpa berfikir panjang saya terus memilih subjek ini. dengan memilih subjek ini saya dapat menambah dan memantapkan lagi ilmu grafik saya. sebelum ini saya hanya belajar sendiri menggunakan software adobe photoshop di internet dan saya juga sanggup mengeluarkan modal untuk membeli video tutorial photoshop dari saudari Luvlee.Bermula dari situ la saya mula belajar menggunakan software photoshop. sebelum ini berminat juga nak belajar tetapi tiada sesiapa pun yang sudi nak ajar saya ni. video tutorial yang di ajarkan oleh luvlee sangat menarik dan mudah di fahami suara dia pun menggoda kiranya jika tengok sekali je dah boleh ikut apa yang ingin di sampaikan.
selain daripada belajar melalui video ada juga saya belajar dari blog-blog yang ada di buat oleh blogger2 malaysia yang sudi berkongsi ilmu yang meraka ada walaupun tak pro sangat, tetapi sangat membantu saya dalam proses pembelajaran adobe photoshop ini. antara blog yang menjadi rujukan saya ialah:
blog luthtextile. blog baloot. blog along dan blog sifoo.
selain itu saya juga rajin mencari sumber-sumber buku dari perpustakaan di poli saya. ni best skit boleh sebab boleh pinjam buku FREE je hehe.
sekarang ini ilmu photoshop saya boleh di katakan pada tahap advance juga lah belum lagi pro. hehe. dan sekarang saya ingin mempelajari adobe illustrator pula. pada sesiapa yang sudi berkongsi ilmu illustrator sila-sila la PM saya ok.. kalau yang berbayar pun saya sanggup.
Popularity: 11% [?]
Posted by broSKL | Posted in Luahan hati | Posted on 03-09-2009
salam blogging semua rakan2…
entri kali ini broSKL ingin menerangkan kepada korang semua kenapa blog ini jarang di”update”. Mesti korng cakap “apa la bro ni malas betol nk update blog dia, bek xyah buat blog” haha ada ke org cakap camtu..?

tgh pikir tuk dapatkan idea
xpe la aku sedar, hehe..sebenarnaya bukan aku malas, aku sejak kebelakangan ini begitu sibuk dgn tugasan di politeknik, maklum la aku sekarang dah masuk sem5 kt poli so semakin busy la..huhu dan jugaaku sangat lah kekeringan idea..niat asal blog ni aku nk buat sume tentang tutorial photoshop(klo boleh la) so aku nak perbanyakkan tutorial disini tetapi aku x pasti tutorial yang macam mana yang korang nk.. so kat sini aku perlukan pendapat dan idea korng semua atau pun request dari blogger2 atau pembaca semua bagitau tutorial yang camne yang korang nk tau atau ada sebarang kemusykilan sila komen kt bawah ok..trimas
ikhlas dari broSKL yng sedang isap SKL sambil menulis blog ni di cc haha..

Popularity: 57% [?]